Halaman

Google+ Badge

Rabu, 28 Ogos 2013

akhirnya....dh rajin sikit nak menulis

huh,..tajuk catchy kemain,..sebenarnya,.puas juga la memaksa diri,utk mengupdate blog ni,..lama nye tak menulis,hampir 5 purnama juga la,..bukan xde idea,.byk snbrnya cite dan kejadian yg trjadi spnjg 5 bln ni,..tp kemalasan tahap maksima,..nak membuka blog pon malas,huhu..teruk nye peel..tambahan dah termula hobi baru,membaca novel....of coz la novel cinta,..bila dg ralit membaca blog novel je dibuka,blog sendiri bo layan jer la..
 Kadang rasa membazir duit plak,berabis utk sebuah novel,.bila difikirkan balik x rugi juga,.masa luang terisi,.ada juga ilmu dpt dikutip,kerana kebanyakan novel2 skrg diselit sama info2 kesihatan dan keagamaan,.
Sekarang tengah melayan novel dr penulis Melur Jelita,novel2 nya memang best giler,,novel Awak Suka Saya Tak dan My precious Iris dh berulangkali dibaca,tak jemu juga,.kadang terfikir juga bagaimana penulis nya dpt idea mengcipta watak hero nya yg perfect sekali rupa paras dan peribadinya,spt real jer,.kalau difilem kan novel ni,memang sukar nk mencari pembawa watak hilman yong dan firman ebrahim,.memang jejaka idaman malaya lagaknya..pic dibawah gambaran hero dan heroin novel2 ini,..cukuplah utk catatan kali ni..makin melalut plak rasa tulisan kali ini..

Khamis, 28 Mac 2013

Seminggu cuti sekolah hanya di rumah,.

Adoi tajuk n3 pon dh leh agak tonasi kuciwa,huhu,.yer,xkemana2 kami cuti kali ni,.en hubby sibuk dgn kerjanya,anak2 bila dh ayahnya bz,buat hal sndiri ajelah,selang sehari berkunjung ke cyber cafe yg tak jauh dr rumah.mengabiskan duit je aje koje nyer,..
 PC yg sakit sejak beberapa bulan pon dh ok,selesa la sikit utk aku menaip n3,sblm ni gna android yg menyakitkan hati,.kalau dh old school tu,susah sikit nk terima teknologi baru tu,.
Berbalik cite cuti sklh kali ini,kerjaku dr pg ke ptg byk di dapur ,memasak ajelah,.kebetulan anak yg dok hostel tu kemaruk nk mkn mcm2,.ikutkan aje ler,bukan selalu dia balik ke rumah pon.
Kebiasaan kalau cuti sklh,kami akan balik ke kg kalau tak bercuti ke mana2,bila x balik rasa mcm something wrong jer,.teringat kat ayah yg menumpang di rumah kakak dan rumah usang di kg yg kekosongan jika kami x balik,alangkah indahnya dunia,jika arwah mak masih ada,berseri rumah dan riuh rendah jdnya,rindu aku pd masakannya,pd suaranya,pd wajahnya,.sesekali ingatan kpd arwah mak,mnggamit memori lalu,.untunglah org yg masih punya ibu,.melalut plak tersyahdu aku kali ini,.alfatihah buat arwah mak,.
Cuaca sekarang pulak x menentu,aku yg baru sembuh demam,baru pulih selera mkn,mujurlah anak2 kecik x ikut demam,kalau tak,teruk juga nak jaga mereka pd masa yg sama aku juga x sihat,bila dh sihat keinginan nk mkn mcm2,selain masak sndiri,hobi utamaku,tentulah JJCM,survey kedai2 mkn yg menarik dan sedap,sebelum pg cuba mknn trsebut,kebetulan disini sukar jga lah nk cari tmpt mkn yg kna dgn taste kami,Restoran yg biasa dgn org2 sini,adalah deretan kedai2 makan ala thai yg menghidangkan menu kerabu kaki ayam,.sekian sahajalah coretan melalutku untuk kali nih,.

Rabu, 20 Februari 2013

Berkelah @hutan lipur sg kanching

Sabtu  16hb 2,baru ni,kami bawa anak2 relaks santai ke hutan lipur sg kanchingmyg trletak di rawang,sgor,.jaraknya lebih kurang 20km dr rumah kami,,xjauh,,
Bekalan nasi dan lauk pauk serba ringkas,yg penting dpt mandi sungai,.yuhu,,mak nye yg lebih2,maklum le lama x mndi sungai,.hehe,,

Kawasan perkelahan ini agak pdt dgn pengunjung di hari cuti,sungai kanching ini sendiri,agak kecil dan arusnya xbrp deras,airnya boleh tahan jernih dan bersih,,bolehlah utk mandi xmanda,dr xde kan,.nak blik kg,semata2 utk mndi sungai,x berbaloi lak rsanya,sbb jauh,,
Di depan pintu masuk ke hutan lipur ini terdapat deretan kedai makan dan juga kedai menjual cendera mata,bg yg xbawa. bekal,boleh je makan di sini,.sayangnya xleh nk upload pic2 yg kami amik di sg kanching.
Kiranya hampir 3 jam melepak dan mandi disitu,sebelum pulang ke rumah,,

Rabu, 30 Januari 2013

happy birthday muhammad adib harraz

salam,n3 yg dh trlewat 3hr,.apapon happy bday,belated sbnornya,buat anakanda bungsuku,adib,.semoga menjadi anak yg soleh,diberkati hidupnya,berjaya dunia hgga ke akhirat,.Cele brate,kecil2lan,jer bday adib,maklum le masa tu bz nk htr abgnya ke asrama dan beberapa perkara yg perlu di settle kan,.beli kek comel dan mkn2 di KFC,.
Makna yg penting dan quality time,,sekian je catatan ringkas ku,,utk adib,happy bday 1 year,28hb 1.2012..mama sayang kamu,so much..

Isnin, 31 Disember 2012

HAPPY NEW YEAR 2013

Selamat tahun baru kpd kwn2 blogger semua,,.Tahun 2012 yg bakal berakhir ,banyak memberi kenangan pahit manis dlm hidup aku,.
Kelahiran Adib Harraz,.puteraku yg bungsu adalah peristiwa paling istimewa, adib dilahirkan pd tanggal 28 januari 2012,.skrg usianya memasuki 11 bulan,.dh cekap berjalan,.lasak sudah kesana kemari,. Pada thn ini juga a ankku yg kedua Afif Akmal menduduki UPSR,.result nya 4A 1B!tidak melayakkannya kemna2 SBP,,sedih juga la hatiku,.walau bagaimana pun,tawaran ke kelas kawalan,aliran agama,mengubat sikit hatiku,. ,
 Pada 2 minggu yg lepas juga kami sekeluarga berpindah rumah,kadangkala,berubah angin juga elok utk mencari ketenangan dalam hidup,.ada sesuatu yg x dpt aku kongsi disini,sbb perpindahan ini,.
Moga tahun baru 2013 yg bakal tiba esok,beri sinar dan kebahagiaan kpd kami sekeluarga ,dan kepada kawan2 juga,.

Sabtu, 8 Disember 2012

BANYAKNYA KERJA...

Bermula minggu ini kerja2 mengemas barang dh start,.walaupun berpindah randah ni dh sebati dlm hidup kami,maklum la bersuamikan anggota tentera,berpindah adalah perkara biasa,.tp tiap kali nk berpindah,pening kepala juga la,.al maklum brg2 rumah makin bertambah,begitu juga dgn anggota keluarga,.makin banyak org,lg banyak brg..
 Kebiasaan bila mula mengemas brg2 dapur mcm pggan mangkuk yg jrg digunakan dikemas lebih dulu,barulah diikitu dgn pakaian dan brg2 perhiasan,.Kebetulan minggu ni pula ank ke 2 yg akan memasuki tingkatan 1,akan menghadiri temuduga ke sekolah menengah,jadi persiapan berpindah tertangguh sementara untuk uruskan persekolahan mereka,dia dan abangnya yg juga akan memasuki ke tgkatan 3,urusan pertukaran sekolah juga mesti diselesaiukan sebelum berpindah.
 Bercerita mengenai rumah yang akan kami duduki nanti,adalah sebuah kuarters yg mempunyai 4 pintu,dan 2 tgkat,mujur lah rezeki kami dpt rumah bawah,.jd x perlu la nk naik tangga,.lgpun rumah trsebut dkt dgn tempat kerja suami,.mudahkan..kekurangannya cuma rumah itu saiznya kecil sedikit dr rumah yg kami duduk skrg,.2 bilik shj,.cmne kalau tetamu dtg ya,.....mungkin ruang tamu leh jd alternatif, kerana ruang tamu nya agak besar...
 Begitu sedikit sebanyak ceritaku mengenai bakal rumah kami nanti,.sayangnya tiada gambar utk dikongsi di sini..

Cuti sekolah,.tapi belum g bercuti...

Lamanya x menghapdet blog,.dgn line tenet semput2,malas rasa nk update nya,..Lagipun minggu ini kesibukan mengemas rumah  dan brg2sudah bermula,kerana seminggu dua lg,kami akan berpindah rumah... ditambah lg dengan nk uruskan persekolahan 2 org ank yg akan ke sekolah menengah dan akan bertukar ke sekolah baru,.Cuti sekolah kali ini tiada percutian ke mana2 nmpknya,.kerana cuti en somi x diluluskan,.sedihnya... hanya memerap di rumah bersama hero2 cilik.. hero2 remaja aktiviti masa cutinya padat dengan kunjungan ke Orange...puas dilarang tapi x makan saman,.aduyai pening kepala dgn peel hero2 remaja ku,.
Oh ya orange tu adalah cyber cafe,bg yg xtau,,hehe,Minggu lepas kami pulang seminggu ke kg,.jenguk ayah aku yg kini tggal berseorangan sejak kepergian arwah emak 2 tahun lepas,.nak duduk lama2 di kg pon x boleh,.ni syarat ank2 ku,mcm2 la diorg ni,teringat nk ke cc xdpt lah tu bila di kg...
DESA WATERPARK
Sabtu sebelumya kami sekeluarga bersantai di Taman tema air Desa Water Park,.biasa je tempatnya,tetapi makanan mahal betul,.sayangnya bekal yg dibawa xboleh dibawa masuk,.melayang juga la  hampir rm200 utk tiket dan makanan..