Halaman

Google+ Badge

Isnin, 31 Disember 2012

HAPPY NEW YEAR 2013

Selamat tahun baru kpd kwn2 blogger semua,,.Tahun 2012 yg bakal berakhir ,banyak memberi kenangan pahit manis dlm hidup aku,.
Kelahiran Adib Harraz,.puteraku yg bungsu adalah peristiwa paling istimewa, adib dilahirkan pd tanggal 28 januari 2012,.skrg usianya memasuki 11 bulan,.dh cekap berjalan,.lasak sudah kesana kemari,. Pada thn ini juga a ankku yg kedua Afif Akmal menduduki UPSR,.result nya 4A 1B!tidak melayakkannya kemna2 SBP,,sedih juga la hatiku,.walau bagaimana pun,tawaran ke kelas kawalan,aliran agama,mengubat sikit hatiku,. ,
 Pada 2 minggu yg lepas juga kami sekeluarga berpindah rumah,kadangkala,berubah angin juga elok utk mencari ketenangan dalam hidup,.ada sesuatu yg x dpt aku kongsi disini,sbb perpindahan ini,.
Moga tahun baru 2013 yg bakal tiba esok,beri sinar dan kebahagiaan kpd kami sekeluarga ,dan kepada kawan2 juga,.

Sabtu, 8 Disember 2012

BANYAKNYA KERJA...

Bermula minggu ini kerja2 mengemas barang dh start,.walaupun berpindah randah ni dh sebati dlm hidup kami,maklum la bersuamikan anggota tentera,berpindah adalah perkara biasa,.tp tiap kali nk berpindah,pening kepala juga la,.al maklum brg2 rumah makin bertambah,begitu juga dgn anggota keluarga,.makin banyak org,lg banyak brg..
 Kebiasaan bila mula mengemas brg2 dapur mcm pggan mangkuk yg jrg digunakan dikemas lebih dulu,barulah diikitu dgn pakaian dan brg2 perhiasan,.Kebetulan minggu ni pula ank ke 2 yg akan memasuki tingkatan 1,akan menghadiri temuduga ke sekolah menengah,jadi persiapan berpindah tertangguh sementara untuk uruskan persekolahan mereka,dia dan abangnya yg juga akan memasuki ke tgkatan 3,urusan pertukaran sekolah juga mesti diselesaiukan sebelum berpindah.
 Bercerita mengenai rumah yang akan kami duduki nanti,adalah sebuah kuarters yg mempunyai 4 pintu,dan 2 tgkat,mujur lah rezeki kami dpt rumah bawah,.jd x perlu la nk naik tangga,.lgpun rumah trsebut dkt dgn tempat kerja suami,.mudahkan..kekurangannya cuma rumah itu saiznya kecil sedikit dr rumah yg kami duduk skrg,.2 bilik shj,.cmne kalau tetamu dtg ya,.....mungkin ruang tamu leh jd alternatif, kerana ruang tamu nya agak besar...
 Begitu sedikit sebanyak ceritaku mengenai bakal rumah kami nanti,.sayangnya tiada gambar utk dikongsi di sini..

Cuti sekolah,.tapi belum g bercuti...

Lamanya x menghapdet blog,.dgn line tenet semput2,malas rasa nk update nya,..Lagipun minggu ini kesibukan mengemas rumah  dan brg2sudah bermula,kerana seminggu dua lg,kami akan berpindah rumah... ditambah lg dengan nk uruskan persekolahan 2 org ank yg akan ke sekolah menengah dan akan bertukar ke sekolah baru,.Cuti sekolah kali ini tiada percutian ke mana2 nmpknya,.kerana cuti en somi x diluluskan,.sedihnya... hanya memerap di rumah bersama hero2 cilik.. hero2 remaja aktiviti masa cutinya padat dengan kunjungan ke Orange...puas dilarang tapi x makan saman,.aduyai pening kepala dgn peel hero2 remaja ku,.
Oh ya orange tu adalah cyber cafe,bg yg xtau,,hehe,Minggu lepas kami pulang seminggu ke kg,.jenguk ayah aku yg kini tggal berseorangan sejak kepergian arwah emak 2 tahun lepas,.nak duduk lama2 di kg pon x boleh,.ni syarat ank2 ku,mcm2 la diorg ni,teringat nk ke cc xdpt lah tu bila di kg...
DESA WATERPARK
Sabtu sebelumya kami sekeluarga bersantai di Taman tema air Desa Water Park,.biasa je tempatnya,tetapi makanan mahal betul,.sayangnya bekal yg dibawa xboleh dibawa masuk,.melayang juga la  hampir rm200 utk tiket dan makanan..