Halaman

Google+ Badge

Selasa, 19 Jun 2012

RAHMAT ILLAHI MENJELANG RAMADAN AL MUBARAK

Sempena bulan ramadan al mubarak yang bakal menjelang lebih kurang sebulan dari sekarang,eloklah kita mengingatkan diri kita amalan2 yang perlu kita utamakan untuk memuliakan bulan yang mulia ini. Antara amalan2 tersebut adalah :

 1:Berpuasa dengan ikhlas, hanya inginkan keredhaanNya.
 2:Jauhi dr perkara2 yang membatalkan puasa @ berbuka dengan sengaja tanpa keuzuran
 3:Hidupkan malam2 ramadan dengan ibadat spt solat terawih,tahajud dan membaca Al Qur'an.
 4:Memastikan sumber rezeki yang diperolehi utk keluarga,adalah dari sumber yang halal.
 5:Berusaha utk berbuka secara beramai2,sama ada dgn keluarga atau kawan2,kerana pahalanya lebih besar dr berbuka sendirian.
 6:Sentiasa melakukan solat 5 waktu secara berjemaah.
 7:Banyakkan bersedekah ikut kemampuan,kerana pahalanya berlipat kali ganda berbanding bulan2 yg lain.
 8:Batasi diri dari melakukan perkara yg maksiat dan tidak berfaedah,kerana bulan ini adalah bulan ibadah.
 9:Buat umrah jika mampu,kerana pahala melakukan umrah pada bln ini seperti sekali ibadah haji.
 10:Utamakan waktu bersahur di akhir waktu kerana ia sunnah nabi SAW..
 11:Segera berbuka apabila masuk waktunya.
 12:Sempurnakan mandi wajib bg yg berhadas besar, sebelum naik fajar.
  13.banyakkan berzikir dan beristighfar.
 14:Pelihara lidah dr bercakap perkara2 yg tidak berfaedah,mengumpat,berdusta,maki hamun dsbnya.
15:bersederhana dlm segala hal.
16:Mentaati segala perintah Allah swt dan mengjauhi laranganNya..
17:Banyak berdoa utk diri sendiri,kedua ibubapa dan keluarga serta seluruh umat islam,kerana bulan ini mudah makbul doa.
18:bertaubat bersungguh2 pd Nya.
19:Setelah selesai puasa ramadan teruskan dgn puasa sunat 6 hari bulan syawal.

  Rebutlah pahala sebanyak2nya di bulan ramadan ini,bagi menambah pahala kita sebagai bekal di sana nanti,..insya Allah,

3 ulasan:

  1. berbunga-bunganya blog mak ndak ni...apakah hati tuan blog berbunga-bunga2 gk?hehe..

    BalasPadam
  2. yam-aminn.. ina- memang minat bunga,tp cpt jemu la ngan wallpaper ni,rsa belum jmpa yg betul2 kna ngan jiwa lg,tu yg asyik tukar2 jer..hehe

    BalasPadam