Halaman

Sabtu, 23 Jun 2012

CERITA KAKI SHOPPING

Shopping merupakan hobi utama bagi kebanyakan wanita,aku pun tak trkecuali,kalau ada duit di tangan,mula la terbayang shopping2 complex mna nak dijelajah dan dh berangan macam2 barang yang hendak dibeli.
bagi sesetengah org shopping ini sebagai terapi minda,snang cite boleh release tension,.bg yg duit berkepuk @ anak tokey balak ke,sesuai la nk buat aktiviti ni hari2 kan..hehe,pada yang kurang berkemampuan. macam aku ker  memadai la sebulan sekali dua je bershopping pon..Nak lebih2 sgt pon,elaun sbg housewife bkn byk mana pun kan.
fenomena mutakhir ni plak,byk pusat membeli-belah di bina berhampiran dgn kawasan2 kediaman..makin menggalakkan org utk bershopping atau sekadar window shopping jer.
Anak-anak kecil pon dh pandai mengajak ayah dan emak ke shopping complex,maklum la selain dr tempat shopping,biasanya disitu disediakan juga tempat permainan utk kanak.pendek kata dh menjadi one stop centre.macam2 ada.
Tesco,Giant,Carrefour,The Store,Parkson,Jusco,Mydin  adalah antara pasaraya popular yg ada di Malaysia,perang penurunan harga sering berlaku diantara pasaraya2 ini,bg memancing pelanggan utk bershopping di tempat mereka.bagaimanapun sebagai pelanggan @ pengguna kita mestilah berhati2 agar tidak tertipu.
 Tips utk berbelanja sekadar kemampuan adalah dgn membuat list barangan yg hendak dibeli sebelum keluar shopping.Pastikan hanya menyenaraikan barangan yg perlu sahaja.Isi perut dulu sblm keluar,kerana jika membeli dlm keadaan perut yg lapar,pembelian akan dipengaruhi nafsu..hehe,nnti troli dipenuhi dgn makanan2 yg bermacam jenis utk memenuhi keinginan yang belum tentu akan habis dimakan.
 Selain dr pasaraya2 besar di atas,byk juga pasaraya yg lebih kecil,yg menawarkan harga lebih rendah,sebagai alternatif utk membeli brg kepeluan dapur.Terbaru kedai rakyat 1 malaysia yg diilhamkan oleh PM kita,byk menawarkan brg keperluan dgn harga yg lebih murah dr pasaraya2 lainnya.
 Bak kata pepatah,tepuk dada tanya selera,.berbelanjalah di tempat yg bersesuaian dgn kita dan mengikut keperluan sahaja,kerana bayar tunai adalah lebih baik dr berhutang ,kerana dgn berhutang @ menggunakan kad kredit,akan menyusahkan kita juga di kemudian hari.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan