Halaman

Selasa, 24 April 2012

bakti anak kepada kedua ibu-bapa yg telah meninggal dunia.

BUAT RENUNGAN BERSAMA.

Assalamualaikum semua,

Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk renungan kita bersama. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah satu siri-siri ceramah beliau mengenai kebajikan anak-anak yang soleh kepada ibu mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada yang telah mendengarnya dan sama-samalah kita renungkan sejauh mana kebaktian kita kepada kedua-dua ibubapa kita. Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adik beradik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun Din dan adik beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama yang tinggi hasil didikan ibubapa mereka yang telah berjaya mencernakan roh Islam ke dalam diri anak-anak mereka hingga menjadi alim ulama, tempat rujukan umat Islam di negara ini, malah di tempat lain juga.

Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau, pada kebiasaannya, ibu beliau akan bersembang-sembang dengan jiran selepas solat Asar. Tetapi pada hari itu, selepas solat Asar, ibu Ustaz Harun tidak keluar ke bernada rumah untuk beramah mesra dan bertanya khabar dengan jiran-jiran. Para jiran tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu, kalau dikatakan pergi ke rumah anak-anak, tidak pula. Setelah agak lama dengan ketiadaan si ibu itu, lalu jiran-jiran mensyaki sesuatu telah berlaku terhadap ibu Ustaz Harun.

Mereka kemudian menjenguk ke dalam rumah sambil memberi salam, tetapi tiada jawaban. Mereka kemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah dan alangkah terperanjat para jiran itu mendapati ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa dalam solat Asar. Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada kebiasaannya, apabila di suatu kematian, di mana-mana pun akan kita dapati jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaah masjid,jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan oleh jamaah perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu Ustaz Harun Din ini. Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau (Ustaz Abu Hassan Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazah ibu mereka. Dengan penuh belaian kasih sayang dan penuh hormat mereka memandikan ibu mereka, mengkafankan, serta menunaikan solat jenazah yang diimamkan sendiri oleh Ustaz Harun Din. Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk melaksanakan urusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik beradik mereka dengan penuh sopan mengatakan kepada orang-orang kampung bahwa ini adalah ibu mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi makan minum serta mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak yang berguna. Oleh itu,sebagai penghormatan yang terakhir dan tanda kasih sayang anak-anak terhadap ibu mereka, biarlah mereka sendiri yang menguruskan jenazah ibu mereka itu. Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan airmata mereka, mengenangkan tentang kebaikan dan kesolehan anak-anak hasil didikan tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anak dengan cahaya iman. Sehinggalah saat pengkebumian jenazah, urusan ini ditangani sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik. Sungguh menarik dan mengharukan kisah ini.

Tanyalah diri kita sendiri. Bagi yang masih mempunyai ibu dan bapa, bagaimana nanti peranan kita semasa jasad ibu bapa kita terbujur kaku. Adakah kita juga ingin menghulurkan bakti zahir yang terakhir sebagai tanda hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita? Ataukah kita hanya menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepada orang-orang kampung atau jamaah masjid untuk menguruskan jenazah mereka, tanpa ingin mengambil peluang terakhir untuk berbakti. Inilah bakti zahir yang terakhir yang dapat kita lakukan,di samping doa dan amalan-amalan baik kita yang kita hadiahkan kepada ibu bapa kita. Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kita yang sedang membesar? Bagi yang telah bergelar ayah/papa/bapa dan ibu/mama/emak dan sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlakuan anak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku, menanti waktu untuk diuruskan pengkebumian? Adakah anak-anak kita akan berebut-rebut untuk menguruskan, atau bertempiaran lari kerana takut atau hina memandang jenazah kita yang telah kaku?

Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita sebagai anak dan juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang memerlukan didikan agama dari kita. Kita berilah didikan agama yang sebaiknya kepada anak-anak kita agar menjadi orang-orang yang beriman dan berguna kepada agama, bangsa dan negara, seperti contoh yang telah dipertuturkan diatas tadi.

Sebenarnya ada seperkara lagi, Apabila manusia meninggal dunia, ada empat perkara yg masih ada hubungan dengannya dan salah satunya ialah anak-anaknya. Tanggungjawab anak masih belum habis terhadap kedua-dua ibu bapanya walaupun ibu bapa mereka meninggal dunia, Selepas meninggal dunia,hendaklah anak-anaknya yang memandikan dan menyembahyangkannya. Dan selepas itu pula hendaklah selalu ia beramal dengan menyedekahkan pahalanya dan berdoa untuk mereka.

Disamping memelihara hubungan baik dengan saudara-saudara dan sahabat-sahabatnya. Kalau kita buat perkara-perkara yang melanggar syarak pun ibu bapa kita juga mendapat himbauan juga karena dia yang mendidik kita. Jadi siapa yang ibu bapa yang sudah tak ada, ingatlah mereka selalu dalam doa selepas sembahyang dan selalulah berzikir untuk mereka.

Petikan ini saya terima dari seorang sahabat. . . renungkanlah agar kita mengambil iktibar dari apa yang ceritakannya. Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh hatinya. Beliau berkorban dan membantuku dalam segala hal. Ibuku membesarkan aku seperti menatang minyak yang penuh. Ibu menguruskan pengajianku dan berkorban apa saja demi memenuhi keperluaanku dan permintaanku.

Renungkan sajak di bawah di bawah ini :

INILAH MASANYA JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU
CINTAILAH IBU SEKARANG
SUPAYA IBU TAHU KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH YANG MENGUKIR DARI ALLAH
DARIPADA SANUBARIMU
CINTAILAH IBU SEKARANG
SEMASA IBU MASIH HIDUP
USAH TUNGGU SEBELUM IBU TELAH PERGI KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI
JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG
JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI SUDAH
PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR KARENA KITA DIBATASI KELEMAHAN
OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU WALAUPUN HANYA SECEBIS DARIPADA LAUTAN HIDUPMU
LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG SEMENTARA IBU MASIH HIDUP
AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA

Sekarang aku sudah pergi meninggalkan ibu di negeri orang dan aku menderita dengan rasa bersalah sebab aku belom pernah menyatakan betapa besar nilai ibuku selama ini. Malah aku tak pernah melayani ibuku dengan wajarnya. Perasaan bersalah sering menghantui hidupku. Aku layani semua orang untuk semua urusan, tetapi aku tak pernah meluangkan masa yang cukup untuk ibuku sendiri, “maafkan ibu …. Maafkan anakmu jangan pernah engkau murka kepadaku betapa sedihnya hatiku bila engkau sampai murka kepadaku, ibu semoga allah memberikan umur yang panjang kepadamu dan masih bisa mempertemukan aku denganmu …. Sekali lagi maafkan aku ibu….. doakan anakmu semoga bisa mengejar semua cita-cita dan harapanmu….. “ Sebenarnya aku mampu menuangkan air ke dalam cawannya, kemudian memeluknya ketika bersarapan, tetapi aku lebih mengutamakan urusanku,rakan-rakanku dan pekerjaanku. Sekarang baru aku terpikir... pernahkan rakan-rakanku melayaniku seperti ibuku ? Aku tahu jawapanya. Apabila aku menelefon ibu, aku sentiasa lakukan tergesa-gesa, cepat dan ringkas. Aku benar-benar berasa kesal dan malu apabila mengingati tindakan masa lampauku terhadap ibu. Aku masih ingat berapa banyak masa dan pengorbanan ibu yang diberikan untuk aku dan masa yang aku berikan padanya serta banyak manakah masa aku biarkan ibu kesepian dan hari tuanya berlalu begitu sahaja. Aku sedar dan mengerti. Sekarang bahawa aku terlalu kritikal, aku diburu rasa kesal dan bersalah. Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak seperti ku. Aku berharap kepada rakan-rakanku.... insaflah dan mengambil iktibar dan manfaat daripada surat ini. Aku sudah terlambat dan kini sedang dilanda derita dan penyesalan.

Renungkanlah dan fikir-fikirkanlah!!!!!. . . . . pernah kita bertindak sedemikian?????
Pernah kita merasa kesal dengan tindakan kita itu????????
Andainya kita pernah melayan sedemikian rupa terhadap ibu kita, ubahlah sebelum terlambat....
Bukankah pepatah mengatakan "syurga itu dibawah telapak kak i ibu" ...
Mulia sungguh Islam meletakkan wanita yang bergelar ibu. . . . .
Oh Ibu, maafkan anakmu yang belom bisa membalas budimu walaupun cuman setes air mata ini….
Ibu sungguh aku rindu padamu…..
Tolong berkati anakmu….








Kewajiban Anak Terhadap Orang Tua

        Islam  menempatkan kedua orang tua pada posisi yang sangat mulia. Begitu  mulia dan pentingnya, sehingga banyak ayat al-Quran  dan hadis yang mengingatkan hak dan kedudukan mereka. Bahkan, sampai Allah SWT.  menyandingkan perintah berbakti kepada mereka dengan perintah beribadah kepadaNYa. Allah SWT berfirman:

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
Artinya :
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa" (al-Nisa': 36)

Tidak hanya itu, Allah juga menyandingkan perintah bersyukur (terimakasih) kepada Allah SWT. dengan perintah bersyukur kepada kedua orang tua. Allah berfirman:

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
Artinya:


Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

Disebutkannya perintah berbakti dan mensyukuri kedua orang tua seteleh perintah beribadah dan bersyukur kepada Allah SWT.setidaknya menunjukkan dua hal. Pertama : betapa mulianya kedua orang tua, sehingga Allah SWT. Menyandingkan perintah untuk berbuat baik kepada mereka dengan perintah beribdah kepada-Nya, bahkan Nabi saw. Menuturkan bahwa menyakiti kedua orang tua adalah termasuk dosa besar
 أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الكَبَائِرِ ؟ قُلْنَا : بَلَى يَا رَسُوْلَ الله. قَالَ ثَلاَثًا  الإِشْرَاكُ بِاللهِ وَعُقُوْقُ الوَالِدَيْنِ  وَكَانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ فَقَالَ (( أَلاَ وَقَوْلُ الزُّوْرِ وَشَهَادَةُ الزُّوْرِ. أَلاَ وَقَوْلُ الزُّوْرِ وَشَهَادَةُ الزُّوْرِ
Artinya
Tidakkah kalian ingin aku kabarkan tentang dosa besar yang paling besar?” Kami menjawab, “Tentu, wahai Rasulullah.” Beliau pun berkata tiga kali, “Menyekutukan Allah dan durhaka terhadap kedua orang tua.” Semula beliau dalam keadaan bersandar, lalu beliau pun bangkit duduk dan mengatakan, “Ketahuilah, ucapan dusta dan saksi palsu! Ketahuilah, ucapan dusta dan saksi palsu!” (HR. Bukhari Muslim)


Kedua: mengingatkan kepada kita bahwa amal bakti dan terimakasih kepada orang tua harus didasari dengan ibadah dan syukur kepada Allah. Jadi, bakti kepada kedua orang tua yang tidak didasari dengan ibadah dan syukur kepada Allah adalah kebaktian yang tidak benar. Oleh karena itu, suatu hari ada seorang laki-laki bertanya kepada Umar al-Khattab :" saya mempunyai ibu yang usia lanjut, selama ini dia tidak bisa memenuhi hajatnya kecuali dengan aku gendong, apakah dengan demikian saya telah memenuhi hak dan kewajiban saya kepadanya?"  lalu Umar menjawab " belum,  kerena dulu dia melakukan seperti yang kamu lakukan kepada kamu, dengan penuh harapan agar kamu bisa tetap hidup dengan sehat, sementara kamu melakukan itu kepada dia, dalam hati kamu ada harapan supaya ibu kamu cepet meninggal". Demikianlah, betapa pentingnya landasan tersebut, sehingga menentukan sah dan tidaknya bakti kita kepada kedua orang tua. Adapun cara dan bentuk amal-bakti tersebut, bisa bermacam-macam sesuai dengan kodisi dan waktu. Allah SWT. Mentuturkan batasan  dan kaidahnya  dengan sangat indah dalam firmannya yang berbunyi:

فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلاً كَرِيماً  وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيراً
Artinya

Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".(al-Isra':23-24)
Diriwayatkan dari Imam Ali r a. beliau berkata: "jika ada sesuat yang lebih rendah dan lebih ringan dari perkataan " ah " atau  " hus " yang bisa menyakitkan kedua orang tua, niscaya sesuatu itu akan dilarang"
Kalau kita tahu bahwa berkata " hus " atau " ah " saja tidak boleh, kerena bisa menyakitkan hati kedua orang tua, bahkan seandainya ada ungkapan yang lebih ringan dari darinya pasti akan dilarang, maka tergambarlah dalam benak kita apa dan bagaimana bentuk bakti kepada kedua orang tua.

Keutamaan Berbakti Kepada Kedua Orang Tua

Berikut ini beberapa hadis yang menunjukkan keutamaan berbakti kepada kedua orang tua.

A.  Amal yang paling mulia
Dari Ibnu Mas’ud r.a. beliau berkata : " Aku bertanya kepada Rasulullah Saw." amal apakah yang paling dicintai Allah. Beliau menjawab : Sholat tepat pada waktunya kemudian aku bertanya lag.  Kemudian apalagi?  beliau menjawab : Berbakti kepada kedua orang tua. Kemudian aku bertanya lagi?. Kemudian apalagi ? Beliau menjawab :” Berjihad di jalan Allah " HR. Bukhori dan Muslim)
B. Disingkirkannya kesulitan dan bala bencana .
Sepeti kisah yang dituturkan bahwa suatu ketika Ada tiga orang yang sedang dalam perjalanan. Tiba-tiba turun hujan menimpa mereka hingga mereka  berteduh di dalam gua di sebuah gunung. Tatkala mereka berada di dalam gua, runtuhlah sebuah batu besar dari gunung di mulut gua hingga menutupi mereka. Maka ada di antara mereka yang berkata kepada temannya, “Lihatlah amal shalih yang pernah kalian kerjakan karena Allah, lalu mohonlah kepada Allah dengan amalan tersebut. Semoga dengan itu Allah akan memberikan jalan keluar kepada kalian.” Maka salah seorang di antara mereka berdoa, “ Ya Allah, sesungguhnya aku memiliki dua orang tua yang telah renta, dan aku juga memiliki istri dan anak-anak yang masih  kecil. Aku biasa menggembala kambing-kambing untuk mereka. Apabila aku telah membawa pulang kambing-kambingku, aku biasa memerah susu dan aku awali dengan memberikan minum kepada kedua orang tuaku sebelum memberikannya kepada anak-anakku. Suatu ketika aku terlalu jauh menggembala sehingga sampai sore hari aku belum pulang, hingga kudapati mereka berdua telah tidur. Maka aku pun memerah susu sebagaimana biasa. Kemudian aku datang membawa susu perahan itu dan berdiri di sisi kepala ayah ibuku. Aku tak ingin membangunkan mereka berdua dari tidurnya dan aku pun tak ingin memberi minum anak-anakku sebelum mereka berdua, sementara anak-anakku menangis kelaparan di sisi kedua kakiku. Terus menerus demikian keadaanku dengan mereka hingga terbit fajar. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahwa aku lakukan semua itu untuk mengharap ridho-Mu, berikanlah jalan keluar dari batu itu hingga kami dapat melihat langit.” Maka Allah pun memberikan kepada mereka kelapangan hingga mereka dapat melihat langit kembali (HR.Bukhari Muslim)
C. Masuk ke dalam surga
Dari Aisyah r.a, beliau berkata  Rasulullah Saw.  :Ketika aku sedang tertidur, maka aku melihat diriku berada di dalam surga kemudian aku mendengar seseorang membaca Al-Qur’an. Maka aku bertanya : " Siapa ini ?" Mereka menjawab : " ini adalah Haritsah bin Nu’man"  Maka Rasulullah Saw. berkata kepada Aisyah r.a : ” Begitulah balasan bagi orang yang berbakti kepada kedua orang tua , Begitulah balasan bagi orang yang berbakti kepada kedua orang tua (beliau mengulanginya dua kali.) dan dialah manusia yang paling berbakti kepada ibunya" ( HR. Ahmad dan Hakim)
D.  keridhoan Allah
Dari Abdullah bin Amr r.a, Nabi  Saw. Bersabda:  " Keridhoan Allah bersama Ridho orang tua dan kemurkaan Allah bersama murka orang tua"  ( HR. Tirmidzi )
E. amal Jihad
Dari Abdullah bin Amrr.a Beliau berkata : Seorang lak-laki bertanya kepada Rasulullah Saw.Bolehkah aku turut berjihad? maka Rasulullah Saw. Bertanya: " Apakah engkau masih memilliki kedua orang tua" Maka dia menjawab: "iya "lalu Rasulullah mengatakan : "maka kepada keduanyalah engkau berjihad". (HR. Bukhori-Muslim)

Bakti Kepada Orang Tua yang Sudah Meninggal

     Sedemikian penting dan mulianya kedua orang tua, sehingga bakti anak kepada orang kedua orang tua tidak selesai setelah kedua orang tua meninggal dunia, tapi masih berlanjut walaupun sudah meninggal. Diriwayatkan bahwa ada seorang laki-laki-laki mendatangi Rasullah saw. lalu bertanya :" walau Rasulullah, apakah saya masih bisa berbakti kepada kedua orang tua saya setelah kedua orang tua saya meningal dunia?" Rasulullah saw. menjawab:
نَعَمْ ، الصَّلأةُ عَلَيْهِمَا وَالاسْتِغْفاَرُ لَهُمَا ، وإنْفاَذُ عَهْدِهِماَ مِنْ بَعْدِهِماَ ، وَصِلَةُ الرَّحِمِ الَّتِى لاَتُوْصَلُ إلاَ بِهِماَ ، وَ اِكْرَِامُ صَدِيْقِهِماَ
" iya masih bisa, yaitu dengan mensahalatkan jenazah mereka, memohon ampunan untuk mereka, memenuhi janji mereka setelah mereka tiada, menyambung tali silaturrahmi yang tidak tersambung kecuali dengan mereka dan memluliakan teman mereka"(HR. Abu Dawud, Ibnu Majah dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban)

hadis tersebut disamping menujukkan cara berbakti kepada kedua orang tua yang sudah meninggal, juga menunjukkan bahwa kebaikan yang dilakukan oleh orang  yang masih hidup untuk orang yang sudah meninggal itu bermanfaat dan pahalanya akan sampai kepadanya.  Hal ini dikuatkan banyak dalil, diataranya adalah:

اِذَامَاتَ ابْنُ ادَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ اَوْعِلْمٍ يُنْتَفَ بِهِ اَوْوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ

Jika anak Adam meningga, maka putuslah segala amal perbuatannya kecuali tiga perkara; shadaqah jariyah, ilmu yang dimanfa’atkan, dan anak shaleh yang mendo’akannya.”
اقرءوا سورة يس  على موتاكم
Artinya
. Dan bacalah (surah) yasin tersebut atas orang-orang mati kamu ( HR Abu dawud, Nasai ibn majjah ibn Hibban  dan Ahmad)

عن ابن عباس : أن امرأة من جهينة جاءت إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقالت : إن أمي نذرت أن تحج فلم تحج حتى ماتت أفأحج عنها ؟ قال : حجي عنها أ
Artinya
Dari ibnu abbas, sesungguhnya seorang wanita dari Juhainah, datang kepada Nabi saw. lalu dia bertakata:"sesungguhnya ibu saya teleh bernazar melakukan haji, dia meninggal sebelum melaksanakan nazar hajinya. Apakah boleh melukan haji menggantikannya? Nabi menjawab:" lalukan haji untuknya" (HR.Bukhori)

عن ابن عباس قال : جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله إن أمي ماتت وعليها صوم شهر أفأقضيه عنها؟ قال : [ لو كان على أمك دين أكنت قاضيه عنها ] ؟ قال : نعم. قال :  فدين الله أحق أن يُقضى 
Artinya
Dari Ibn Abbas, dia berkata: ada seorang laki-laki datang kepada Nabi saw.lalu dia bertanya :" wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu saya teleh meninggal dunia, dan dia mempunyai hutang puasa satu bulan, apakah saya boleh melakukan pusa qodho` atas ibu saya?lalu Nabi menjawab:" jika ibu kamu mempunyai tanggungan hutang apakah kamu membayarnya ?orang itu menjawab: iya, Nabi saw.  berkata: Hutang kepada Allah lebh berhak untuk di bayar." (HR. Bukhari Muslim )
عنَّ سَعْدَ بْنَ عُبَادَةَ - رضى الله عنه - تُوُفِّيَتْ أُمُّهُ وَهْوَ غَائِبٌ عَنْهَا ، فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّى تُوُفِّيَتْ وَأَنَا غَائِبٌ عَنْهَا ، أَيَنْفَعُهَا شَىْءٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ بِهِ عَنْهَا قَالَ « نَعَمْ » . قَالَ فَإِنِّى أُشْهِدُكَ أَنَّ حَائِطِى الْمِخْرَافَ صَدَقَةٌ عَلَيْهَا

Artinya

" Sesungguhnya Ibu dari Sa’ad bin Ubadah radhiyallahu ‘anhu meninggal dunia, sedangkan Sa’ad pada saat itu tidak berada di sampingnya. Kemudian Sa’ad mengatakan, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal, sedangkan aku pada saat itu tidak berada di sampingnya. Apakah bermanfaat jika aku menyedekahkan sesuatu untuknya?’ Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, ‘Iya, bermanfaat.’ Kemudian Sa’ad mengatakan pada beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Kalau begitu aku bersaksi padamu bahwa kebun yang siap berbuah ini aku sedekahkan untuknya"  (HR.Bukhari)
dan dalil-dalil lain yanga masih banyak yang samuanya menunjukkan bahwa kebaikan atau amal shalih yang dilakukan oleh orang yang masih hidup untuk orang yang sudah meniggal dunia itu bermanfaat  dan pahalanya sampai kepada orang yang sudah meninggal tersebut. kerena redaksi dalil tersebut berbentuk mutlak, maka, kebaikan dan amal shalih yang ditujukan untuk orang yang sudah meninggal tersebut boleh dikukan kapan saja, dimana saja dan dengan cara apa saja yang sesuai dengan kondisi dan kemampuan orang yang melakukannya selama dilakukan dengan niat yang benar dan  tidak mengandung  hal-hal yang dilarang oleh agama

2 ulasan: