Halaman

Memaparkan catatan dengan label merapu jer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label merapu jer. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Disember 2012

Cuti sekolah,.tapi belum g bercuti...

Lamanya x menghapdet blog,.dgn line tenet semput2,malas rasa nk update nya,..Lagipun minggu ini kesibukan mengemas rumah  dan brg2sudah bermula,kerana seminggu dua lg,kami akan berpindah rumah... ditambah lg dengan nk uruskan persekolahan 2 org ank yg akan ke sekolah menengah dan akan bertukar ke sekolah baru,.Cuti sekolah kali ini tiada percutian ke mana2 nmpknya,.kerana cuti en somi x diluluskan,.sedihnya... hanya memerap di rumah bersama hero2 cilik.. hero2 remaja aktiviti masa cutinya padat dengan kunjungan ke Orange...puas dilarang tapi x makan saman,.aduyai pening kepala dgn peel hero2 remaja ku,.
Oh ya orange tu adalah cyber cafe,bg yg xtau,,hehe,Minggu lepas kami pulang seminggu ke kg,.jenguk ayah aku yg kini tggal berseorangan sejak kepergian arwah emak 2 tahun lepas,.nak duduk lama2 di kg pon x boleh,.ni syarat ank2 ku,mcm2 la diorg ni,teringat nk ke cc xdpt lah tu bila di kg...
DESA WATERPARK
Sabtu sebelumya kami sekeluarga bersantai di Taman tema air Desa Water Park,.biasa je tempatnya,tetapi makanan mahal betul,.sayangnya bekal yg dibawa xboleh dibawa masuk,.melayang juga la  hampir rm200 utk tiket dan makanan..

Jumaat, 27 Julai 2012

seminggu ramadan

Pejam celik dah masuk hari ke 7 kita berpuasa,cepat sungguh masa berlalu,teringat zaman kanak2 dulu,nak tggu dr  pagi ke petang nak menghabiskan satu hari puasa,amat lama dirasakan,.betulkah dunia Allah swt telah singkatkan masa kerana menghampiri hujungnya atau petanda akhir nya zaman ni..seram pula bila memikirkan,dgn amal ibadat yg tak byk mana,apalah yg ada utk dibawa ke sana nnti..
 Seperti biasa rutin harian berjalan seperti biasa,uruskan rumahtangga dgn kerja yg tak pernah abis,sesekali dapat juga curi masa utk tidur siang,bila si kecik  dan abgnya tidur..memang memenatkan nak melayan ank2 kecil bila di bulan puasa,mcm2 karenah yg mereka buat,utk menguji kesabaran kita,mungkin ujin drNya.nk mengdouble pahala kita.huhu sbar je lah..

 Untuk persiapan syawal yg akan dtg,seperti  biasa baju2 raya utk ank2 sudah kami belikan,.tema biru utk baju melayu ank2 dan suami (belum beli lg) serta sepasang baju kurung biru utk aku.walaupon warna biru,tp kaler utk ank2 yg dh besar tidak boleh serupa segan pula katanya utk sedondon abang dan adik jd sorang kaler biru laut dan sorang lg biru turquoise..bdk2 skrg dh pandai memilih2,mcm2 hal layan je lah..tak dilayan pening lak dgn karenah mereka.

 Tahun ni boss( en hubby ) cakap biskut raya x payah buat,maklum la memikirkan si kecik makin byk ragmnya skrg,susah juga aku nk fokus buat kuih raya nnti,.tp tgk juga keadaan,kalau rajin mgkin aku akan buat juga sejenis dua biskut nnti,.kalau nk tempah pon dh lambat rasanya dh skrg ni..order sudah ditutup.Mungkin beli siap je nnti,byk tempat org jual biskut2,,dan kuih2 raya tradisional di KL ni,tunjuk je nnti.hehe sedikit coretan merapu dr aku..nak tulis panjang2 si adib bam dah mula start enjin tu,,,nk nngis da.

Isnin, 16 Julai 2012

FENOMENA RESTOREN TOMYAM

lama gak rasa x update blog kesayanganku ini,keyboard rosak plak,trpksa gna galaxy tab...betul2 x selesa rsa nk taip ngan cara touch2 screen ni...agk ketinggalan zaman aku ni,suka gaya lama,,,,hehe,.
 hari ni nk merapu bab tajuk ni,...ya aku tau semua org suka mkn thai seafood ni,berlambak2 restoren cengini kt seluruh tmpt dan daerah kt m'sia,.kerana permintaan yg tggi,kedai mkn tomyum tumbuh bgai cndawan lps hujan...
 kt sekitar kg baru,keramat,,dh umpama syurga restoren2 ni,,,aku pernah jga la cuba mkn disitu,.yg aku nk komen,tomyum yg di order byk bawang,daun limau purut...isi seafoodnya blh dikira,,,bknnya tomyum seafood nmanya,leh boh nma tomyum bawang,,,amik kesempatan betul...mknn lain pon indh nma dr rsa,..lum jmpa lg la,restoren thai seafood yg bnar2 mnepati taste aku,,,klu ada nnti nk gk wt review,...
 yg menyesakkan mata dgn byknya restoren cmni,makin byk le org2 dr selatan thai kja kt sni..ya,ini peluang mereka cari rezeki,tp bgaimna dgn org tmpatan yg tiada pekerjaan??.....

Sabtu, 23 Jun 2012

CERITA KAKI SHOPPING

Shopping merupakan hobi utama bagi kebanyakan wanita,aku pun tak trkecuali,kalau ada duit di tangan,mula la terbayang shopping2 complex mna nak dijelajah dan dh berangan macam2 barang yang hendak dibeli.
bagi sesetengah org shopping ini sebagai terapi minda,snang cite boleh release tension,.bg yg duit berkepuk @ anak tokey balak ke,sesuai la nk buat aktiviti ni hari2 kan..hehe,pada yang kurang berkemampuan. macam aku ker  memadai la sebulan sekali dua je bershopping pon..Nak lebih2 sgt pon,elaun sbg housewife bkn byk mana pun kan.
fenomena mutakhir ni plak,byk pusat membeli-belah di bina berhampiran dgn kawasan2 kediaman..makin menggalakkan org utk bershopping atau sekadar window shopping jer.
Anak-anak kecil pon dh pandai mengajak ayah dan emak ke shopping complex,maklum la selain dr tempat shopping,biasanya disitu disediakan juga tempat permainan utk kanak.pendek kata dh menjadi one stop centre.macam2 ada.
Tesco,Giant,Carrefour,The Store,Parkson,Jusco,Mydin  adalah antara pasaraya popular yg ada di Malaysia,perang penurunan harga sering berlaku diantara pasaraya2 ini,bg memancing pelanggan utk bershopping di tempat mereka.bagaimanapun sebagai pelanggan @ pengguna kita mestilah berhati2 agar tidak tertipu.
 Tips utk berbelanja sekadar kemampuan adalah dgn membuat list barangan yg hendak dibeli sebelum keluar shopping.Pastikan hanya menyenaraikan barangan yg perlu sahaja.Isi perut dulu sblm keluar,kerana jika membeli dlm keadaan perut yg lapar,pembelian akan dipengaruhi nafsu..hehe,nnti troli dipenuhi dgn makanan2 yg bermacam jenis utk memenuhi keinginan yang belum tentu akan habis dimakan.
 Selain dr pasaraya2 besar di atas,byk juga pasaraya yg lebih kecil,yg menawarkan harga lebih rendah,sebagai alternatif utk membeli brg kepeluan dapur.Terbaru kedai rakyat 1 malaysia yg diilhamkan oleh PM kita,byk menawarkan brg keperluan dgn harga yg lebih murah dr pasaraya2 lainnya.
 Bak kata pepatah,tepuk dada tanya selera,.berbelanjalah di tempat yg bersesuaian dgn kita dan mengikut keperluan sahaja,kerana bayar tunai adalah lebih baik dr berhutang ,kerana dgn berhutang @ menggunakan kad kredit,akan menyusahkan kita juga di kemudian hari.