Halaman

Sabtu, 30 Jun 2012

shopping raya 2012 @ jalan TAR

Hari ni 30 jun 2012,pepagi lg aku bersiap 2 awal,ajak en hubby g jln tar,pg awal2 sbb dh tau,kalau tghari ckit,kompem jem punya,jln tar ni hatta nk masuk pon dh sesak..so dr rumah sblm kul 9pg dh bertolak,lebih kurang 15 mnit dh smpai,terus je parking kereta kt belakang pawagam coliseum,.mjur awal lg,byk lg petak kosong.brjln 5mnit je dr ctu dah masuk area kedai2 baju,walaupun masih awal,dh ada kedai2 yg dh dibuka,.tp sbb perut pon dh lapar belum smpat bekfest td,kmi sggah le kt restoren zam zam,yg kt bwh hotel tu,.mkn cara buffet,rm12 utk skpala,tp ank yg umur 14thn dan kebwh x dikira,bg aku murah le jga,.puas la mkn ,selagi trdaya,pilihan makanannya pon pelbagai,cth,ada mee goreng,nasi lemak,sosej,kentang wedges,kek,buah2an,roti canai,dll..berbaloi le dgn harga yg dibayar.Eh tercite bab mkn le plak,pdhal nk cite bab soping,hehe,sje nk promo tmpat mkn ni,selesa beb,dlm aircond lg.
 Selesai makan,kami bergegas,menyusur jln2 sekitar ctu,org ramai dh mula bersesak dtg,bas2 rombongan jga byk yg baru tiba.dr brbagai negeri di seluruh semenanjung ni .Masuk ke kamdar,.berkenan dgn baju2 melayu utk ank2 aku yg kecil2,.agak murah jga bwh rm30 sepasang,material kainnya agak bermutu,.terus beli je memikirkan bulan puasa nnti dh x larat nk bersesak2 lg dtg ke jln tar ni.
 Bagi sesapa yg nak cari tudung murah ,kat kedai muaz textile,ada jualan murah(aku rasa spnjg masa ada sale sini) kebanyakan tudung berharga bawah rm10,.kalau beli borong,lagi murah..cth tudung bawal 2 tone berharga rm4 lebih shj,.beratur customer masa nk membayar,.aku pon ada le menyelit jg,mklum le dh murah rembat le 4-5 helai,..hehe.
 Baju2 kurung berharga rm100 utk 3 psg,ada jugak ditawarkan di byk2 kedai,tp aku perhatikan,material kain dan coraknya memang tidak menarik lansung,.jadi aku masuk ke satu butik yg menjual baju2 yg agak ekslusif,kat sini le aku beli sepasang baju kurung,yg ada potongan harga drpd rm110,tggal rm75,.dh ada spsg baju raya,.cukup la dlu,. dh x larat nk brjln2 mencari baju lg, baby adib pon dh trjerit2,lapar ngan ngantuk agaknya.
 sekitar pukul 1 juga kami selesai shopping kat situ,.sebelum ke The Store kt jln Ipoh,.utk cari baju2 baby dan abgnya azhad,.mulanya nk masuk sogo yg dgrnya byk sale,tp lain kali je la kot peginya,c kecik dh meragam.kna lak,jln dh sesak sgt,.hehe..ni la sdkit coretan aku mengenai jln tar yg sinonim ngan tmpt shopping utk raya bg warga kl dan peniaga2 kain baju..

Rabu, 27 Jun 2012

ADIB HARRAZ 5 MONTHS

new born adib harraz
adib 4 bulan
adib new pic
Salam semua,dh lama nak buat n3 mengenai putera aku yg bongsu ni,hari ni dh genap usianya 5 bulan baru la ada idea mamnya nak menulis.Adib  lahir 28 januari 2012 baru ni,17 hari lebih awal dari due date doc bagi,Dah ada 3 ank lelaki,yg bungsu ni tentunya kami amat berharap kali ni dikurniakan puteri @ gegirl dlm family kami ni.Tapi takdir Allah swt dh tetapkan di Azali lg,kami dpt putera lg,. 
Aku x  pernah menyesali kelahirannya walaupun x dpt puteri,malah bersyukur yg amat2 kerana Adib dilahirkan cukup sifatnya,alhamdulillah nmpk bijak je walaupun masih kecil lg( bukan memuji ank sndiri),hehe
 Sewaktu umurnya belum memasuki 3 bln adib dh mula meniarap dan hari ni di usianya 5 bln dia dh mula bergerak2 kwsn sekitar tempat dia meniarap,.kelasakannya mengceriakan hari2 kami..tp penat la juga,.skrg dh pandai nak berdukung je,kalau keluar brjln2 elok je dia,x meragam lansung,.kecik2 pon dh suka jln2 ya,.ank mama betul ni,hehe
   

Selasa, 26 Jun 2012

KEBAIKAN DAN KHASIAT MINYAK KELAPA DARA @ V-CO

  1. Mengurangkan kadar kolestrol
  2. Mengawal kencing manis
  3. Mengatasi masalah penyakit degeneratif @ sebagai anti penuaan
  4. Mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah @ mengurangan risiko serangan jantung
  5. Untuk kekebalan tubuh melawan penyakit,kerana iamemiliki agen anti virus,anti bakteria,anti fungus dan anti protozoa.
  6. Mendapatkan kembali keanjalan,kelembutan kulit
  7. Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelumumur akan hilang
  8. Anti histamine @ terhindar dari gejala alahan
  9. Mengelak dari risiko kanser kerana ia bertindak memusnahkan kehadiran organisma pathogen
  10. Mengurangkan keadaan berdengkur
Sebulan lagi aku akan berkongsi testimoninya pula,kerana mulai hari ini aku mula mengamalkan v-co dari Catalyst .

Ahad, 24 Jun 2012

RAWANG BURGER BAKAR


 Salam semua,hari ni aku berpeluang merasa burger yang tengah ngetop di kl dan kawasan2 sekitarnya.Baru2 ni dh masuk majalah 3 pon,citer pasal burger ni,.bertambah meluaplah keinginan aku nk cuba burger yg satu ni,sdp sgt ke smpai sana sini org brcerita ,
Kebetulan cwgan RBB ni baru buka di seksyen 5 wangsa maju,berhampiran pasaraya carrefour,dkt rumah aku je le tu,.jd dgn pantasnya aku ajak mr hubby pg beli. Nak beli kena beratur utk order dan ambil no giliran,start kul 6 ptg,kedai RBB mula dibuka.kami order 3 biji burger daging dan sebiji burger ayam.,nama2nya pon best dan catchy jer,cth burgembira,ombak rindu dan hot chick bg burger ayam,harga biasa sekitar rm7-rm8.
burger ombak rindu( nama cam filem daa)
Memang sedap rasanya,awesome saiz dagingnya 3x saiz burger biasa...memang kenyang sampai pg..hehe.aku syorkan sesape nk rsa,blh le try beli burger ni,pasti jatuh chenta,love at the first sight cm aku jga...
* info penting,lpa nk tulis burger ni burger pertama di Malaysia yang di bakar guna arang*..sure kurang kolestrol sikit kan..

Sabtu, 23 Jun 2012

CERITA KAKI SHOPPING

Shopping merupakan hobi utama bagi kebanyakan wanita,aku pun tak trkecuali,kalau ada duit di tangan,mula la terbayang shopping2 complex mna nak dijelajah dan dh berangan macam2 barang yang hendak dibeli.
bagi sesetengah org shopping ini sebagai terapi minda,snang cite boleh release tension,.bg yg duit berkepuk @ anak tokey balak ke,sesuai la nk buat aktiviti ni hari2 kan..hehe,pada yang kurang berkemampuan. macam aku ker  memadai la sebulan sekali dua je bershopping pon..Nak lebih2 sgt pon,elaun sbg housewife bkn byk mana pun kan.
fenomena mutakhir ni plak,byk pusat membeli-belah di bina berhampiran dgn kawasan2 kediaman..makin menggalakkan org utk bershopping atau sekadar window shopping jer.
Anak-anak kecil pon dh pandai mengajak ayah dan emak ke shopping complex,maklum la selain dr tempat shopping,biasanya disitu disediakan juga tempat permainan utk kanak.pendek kata dh menjadi one stop centre.macam2 ada.
Tesco,Giant,Carrefour,The Store,Parkson,Jusco,Mydin  adalah antara pasaraya popular yg ada di Malaysia,perang penurunan harga sering berlaku diantara pasaraya2 ini,bg memancing pelanggan utk bershopping di tempat mereka.bagaimanapun sebagai pelanggan @ pengguna kita mestilah berhati2 agar tidak tertipu.
 Tips utk berbelanja sekadar kemampuan adalah dgn membuat list barangan yg hendak dibeli sebelum keluar shopping.Pastikan hanya menyenaraikan barangan yg perlu sahaja.Isi perut dulu sblm keluar,kerana jika membeli dlm keadaan perut yg lapar,pembelian akan dipengaruhi nafsu..hehe,nnti troli dipenuhi dgn makanan2 yg bermacam jenis utk memenuhi keinginan yang belum tentu akan habis dimakan.
 Selain dr pasaraya2 besar di atas,byk juga pasaraya yg lebih kecil,yg menawarkan harga lebih rendah,sebagai alternatif utk membeli brg kepeluan dapur.Terbaru kedai rakyat 1 malaysia yg diilhamkan oleh PM kita,byk menawarkan brg keperluan dgn harga yg lebih murah dr pasaraya2 lainnya.
 Bak kata pepatah,tepuk dada tanya selera,.berbelanjalah di tempat yg bersesuaian dgn kita dan mengikut keperluan sahaja,kerana bayar tunai adalah lebih baik dr berhutang ,kerana dgn berhutang @ menggunakan kad kredit,akan menyusahkan kita juga di kemudian hari.


 

Selasa, 19 Jun 2012

RAHMAT ILLAHI MENJELANG RAMADAN AL MUBARAK

Sempena bulan ramadan al mubarak yang bakal menjelang lebih kurang sebulan dari sekarang,eloklah kita mengingatkan diri kita amalan2 yang perlu kita utamakan untuk memuliakan bulan yang mulia ini. Antara amalan2 tersebut adalah :

 1:Berpuasa dengan ikhlas, hanya inginkan keredhaanNya.
 2:Jauhi dr perkara2 yang membatalkan puasa @ berbuka dengan sengaja tanpa keuzuran
 3:Hidupkan malam2 ramadan dengan ibadat spt solat terawih,tahajud dan membaca Al Qur'an.
 4:Memastikan sumber rezeki yang diperolehi utk keluarga,adalah dari sumber yang halal.
 5:Berusaha utk berbuka secara beramai2,sama ada dgn keluarga atau kawan2,kerana pahalanya lebih besar dr berbuka sendirian.
 6:Sentiasa melakukan solat 5 waktu secara berjemaah.
 7:Banyakkan bersedekah ikut kemampuan,kerana pahalanya berlipat kali ganda berbanding bulan2 yg lain.
 8:Batasi diri dari melakukan perkara yg maksiat dan tidak berfaedah,kerana bulan ini adalah bulan ibadah.
 9:Buat umrah jika mampu,kerana pahala melakukan umrah pada bln ini seperti sekali ibadah haji.
 10:Utamakan waktu bersahur di akhir waktu kerana ia sunnah nabi SAW..
 11:Segera berbuka apabila masuk waktunya.
 12:Sempurnakan mandi wajib bg yg berhadas besar, sebelum naik fajar.
  13.banyakkan berzikir dan beristighfar.
 14:Pelihara lidah dr bercakap perkara2 yg tidak berfaedah,mengumpat,berdusta,maki hamun dsbnya.
15:bersederhana dlm segala hal.
16:Mentaati segala perintah Allah swt dan mengjauhi laranganNya..
17:Banyak berdoa utk diri sendiri,kedua ibubapa dan keluarga serta seluruh umat islam,kerana bulan ini mudah makbul doa.
18:bertaubat bersungguh2 pd Nya.
19:Setelah selesai puasa ramadan teruskan dgn puasa sunat 6 hari bulan syawal.

  Rebutlah pahala sebanyak2nya di bulan ramadan ini,bagi menambah pahala kita sebagai bekal di sana nanti,..insya Allah,

Ahad, 17 Jun 2012

MENJAMU SELERA DI RESTOREN AROMA IKAN BAKAR,JERAM.

ketam goreng kunyit dan pepahat tumis
First time( and last kot) ni sebenarnya kami  berkunjung ke aroma ikan bakar ni,.dtg ke situ pon sbb diajak oleh anak saudara,ke sana..rezeki jangan ditolak,.maklum la dia yg nak belanja hehe,. perjalanan dr kl ke sana ambil masa hampir 1 jam juga,.restoren ni jadi popular slps masuk tv3 rancangan jjcm.
Agak trkejut juga aku melihat pengunjung yang begitu ramai memenuhi,setiap ruang dlm restoren,.yg beratur utk memilih seafood juga agak ramai,..panjang barisannya..mujurlah,anak buah aku dh siap menempah makanan dr awal,jd sewaktu kami tiba,makanan sudah terhidang di atas meja..menarik juga lauk pauk seafood yang dipilihnya,.ada udang masak butter(tp aku rasa guna marjerin jer ni),ketam goreng,siakap 3 rasa,sotong celup tepung(yg ni paling sedap aku rasa)..kailan ikan masin.

hero2 aku sedang menikmati makanan,.sedap agaknya tu,sampai tak sedar mamanya snap pics..

jalan-jalan cari makan kat fiskes steakhouse, keramat

Fiskes Steakhouse( betul ke spelling aku ni)..lebih kurang le..ni antara restoren western food yg jd feberet family aku,..kebetulan trletak tak jauh dr kediaman kami,lebih kurang 5km jer,paling kurang sebulan sekali,kami akan menjamu selera di situ,.Makanannya boleh aku bagi 4 bintang ,dgan harga 5 bintang,.maksudnya,.makanan sedap,dgan harga yg murah..eh betul ke takrif aku bg ni,..lantak la.janji aku faham sndiri kan..hehe..
special john dorry
Ini antara gambar2 yg sempat di snap,masa makan kt situ,.xleh la nk snap gbr  byk2,segan le,pengunjung memang ramai,.kalau lbt,memang susahgak cari tempat duduk,.
ni dessert azhad punya,butter bread pudding with ice cream vanilla

Khamis, 14 Jun 2012

aku supermommy

susah juga untuk aku memulakan ceritera bab yg satu ni,..jawatan yg aku sandang sejak hampir 15 tahun yang lalu...kisah seorang suri rumah yg sering dipandang serong oleh sesetengah org,.maklumla kerja yg tak glamer,.buat kerja2 remeh,tp belum tentu semua org  mmpu buat    betul ke? Time paling sedih bila pulang ke kampung,.keluarga trdekat pon akan pn sinis melihat kita, maklum le xde pendapatan sendiri,sedihnya rasa.
         Jadual harian bermula seawal jam 6 pagi,.celik je mata..usai solat subuh,mula menyiapkan sarapan utk suami dan anak2..kemudian siapkan pakaian utk mereka,.setelah suami dan ank2 ke sekolah,mulalah kerja mengemas rumah,membasuh kain dsbnya,kerja2 ni dilakukan sambil melayan karenah ank2 yg masih kecil,.chalengging gak ni,.ssbb itulah housewife ni layak digelar supermom,.kerja rumah 100% buat sndiri,xde bibik yg tolong buat ya..masa ni juga kerja2 memasak msti dibuat.kalau tak tak menyantap le ank2
          Selesai memasak,.ank2 yg masih kecil mstilah disiapkan mandi dan berpakaian,.( ank2 kecil msti sentiasa dlm keadaan bersih bg menjamin tahap kesihatannya terjaga,)bg ibu2 yg ada ank2 bawah 2 thn,pastikan tangan mestilah dicuci bersih slpa keluar dr tandas dan juga slps selesai memasak,bg yg cekap kerja2 memasak sambil menguruskan ank2 boleh dilakukan dalam masa 2 jam @ kurang,.yg kerja slow @ lembab,mungkin ambik masa lebih sdkit,.bg aku 2 jam amat mengcukupi.hehe...
      semua2 kerja rumah akan perlu dilakukan berulangkali terutama mengemas,maklum dgn ank2 masih kecil keadaan bersepah2 kerap berlaku,.penat memang xyah cakap la,tggu time tido malam baru blh betul2 rest rasanya,.Bak kata org,bukan kata aku ya, kerja sebagai suri rumah 24 jam sehari dan 7 hari seminggu,xde cuti2nya,tanpa kwsp,tanpa lain2 elaun,melainkan elaun yg suami bg seikhlas hati dia la,banyak mana  Beruntung bagi housewife yg ada suami yg prihatin sanggup membantu meringankan beban,tlg jaga ank2 atau membantu kerja2 rumah bila berkelapangan,boleh rest sikit ya,
      Bila tiba hujung minggu,salah ke kalau para housewife ni minta suami bawa jln2,kalau time xde duit pon cukup le sekadar window shopping@ kunjungi mana2 theme park@ waterpark,utk rehat2kan minda,gembirakan ank2 sikit..ada gak spesis yg berkira kalau bab nk happy kan isteri dan ank2 mujur le hubby aku x macam tu,.hehe..
  Impian aku ,satu hari nnti bila baby dh besar,aku ingin meletakan jawatan housewife,masa tu aku cari le bibik ganti wt kja2 rumah hehe,.aku ingin cari pekerjaan yg sesuai dgn minat aku berkaitan dengan bidang makanan@ atau ada modal ingin memulakan bisnes sendiri,.moga Allah swt,kabulkan suatu hari nnti,.Berangan sambil tangan ligat menyapu sampah,.adoyai,tak abis2 lg kja rumah ni rupanya,..skjp lg ank2 akan pulang dr sklh,.kna la hidangkan makanan pulak utk mereka,..huhu..bila la boleh rest ni..
  
    

Rabu, 13 Jun 2012

kenangan bercuti di kuantan,pahang.

setiap kali tiba musim cuti sekolah,parents mula bz memikirkan aktiviti yg ingin dilakukan bg mengisi masa cuti ank2,.bagi yg ada bajet lebih,tentunya percutian keluarga ke mana2 tempat peranginan akan mnjadi agenda utama,.
 aku ingin berkongsi kenangan bercuti di kuantan pahang setahun lps,.walaupun cite lama tp,baru dpt mengabdinya dlm blog ni,maklum le sblm ni,xde blog lg utk brkongsi cerita.    
 sebelum ke sana kami terlebih dahulu mencari@menggoogle,tmpat2 penginapan yg sesuai di sana,,akhirnya kata spkat diambil utk mencuba sebuah home stay yg trletak di sebuah tmn perumahan yg trletak lebih kurang 15km dr bandar kuantan,harganya rm220 utk 3 hari 2 mlm,amat berpatutan aku rasa,..lokasi ini dipilih kerana brdekatan dgn majlis yg melibatkan gathering tmpt keja hubby.
rumah nya agak luas dgn 3 bilik tidur,lengkap dgn peralatan spt peti ais,dapur utk memasak,heater,.cuma xde mesin basuh,penat la sikit aku kna basuh guna tgan,..huhu.
 Setibanya kami di sana pada hari pertama,.setelah siap mengemas brg2 dan merehatkan diri,kami bersiar2 di bandar kuantan,,.byk jga pusat2 membeli-belah telah di buka disini,berbeza dgn 10 thn dlu(kami penah tggal 3 thn di kuantan)..
 bersiar2 di pantai teluk cempedak yg penuh dgn pengunjung,.bagaimanapun tidak sesuai utk mandi kerana laut agak bergelora,angin pon kencang,..bahaya benor nmpaknya.
 Setelah penat berjalan,kami sggah makan sate zul yg trletak di tepi jln menghala ke teluk cempedak..satenya popular di sini,memang sdp tp hrga dh naik sdkit,.biasa la hrga brg mna ada yg turun skrg kan...
 Selesai mkn2,..tiba agenda bershopping lak,tp bg aku, x byk sgt souvinier yg blh dibeli disini,sedikit keropok,kain2 batik( dr terengganu),.sbnrnya aku sndiri x pasti apakah produk iks dr pahang sndiri..beli je la apa yg ada.
Hari ke 2,usai sarapan,.sekitar pkul 11 pg,kami bertolak ke BUKIT GAMBANG WATERPARK,yg trletak di jalan kuantan gambang( disini jga mjlis gathering malbatt 2 akan dibuat.bg aku waterpark ni blh bg 4 stgh bintang,dgn harga brpatutan pd masa tu,permainan dan slide2 nya pon agak menarik,..jgn lupa maskot PENGUINNYA,.comel sekali,.
ank2 aku sgguh teruja sekali bermain2 air disini,.x rugi masuk kesini,..memang puas hati dgn kemudahan dan permainan yg disediakan..pengunjung pon agak ramai,maklumlah hujung mggu.
Hampir 7 jam masa kami habiskan disini.
Bagi yg trcari2 taman tema air utk membawa ank2 brcuti,aku cdgkan berkunjung kesini,.resort penginapan juga disediakan brhampiran dgn taman tema,.tp kami tdk mnginap di sini utk save bajet,hehe...