BUAT RENUNGAN BERSAMA.
Assalamualaikum semua,
Satu kisah benar yang menarik dan
berguna untuk renungan kita bersama. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri
dalam salah satu siri-siri ceramah beliau mengenai kebajikan anak-anak yang
soleh kepada ibu mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada yang telah
mendengarnya dan sama-samalah kita renungkan sejauh mana kebaktian kita kepada
kedua-dua ibubapa kita. Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din
dan adik beradik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun Din
dan adik beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama yang tinggi hasil
didikan ibubapa mereka yang telah berjaya mencernakan roh Islam ke dalam diri
anak-anak mereka hingga menjadi alim ulama, tempat rujukan umat Islam di negara
ini, malah di tempat lain juga.
Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun
telah meninggal dunia semasa dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau,
pada kebiasaannya, ibu beliau akan bersembang-sembang dengan jiran selepas
solat Asar. Tetapi pada hari itu, selepas solat Asar, ibu Ustaz Harun tidak
keluar ke bernada rumah untuk beramah mesra dan bertanya khabar dengan
jiran-jiran. Para jiran tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu, kalau
dikatakan pergi ke rumah anak-anak, tidak pula. Setelah agak lama dengan
ketiadaan si ibu itu, lalu jiran-jiran mensyaki sesuatu telah berlaku terhadap
ibu Ustaz Harun.
Mereka kemudian menjenguk ke dalam rumah
sambil memberi salam, tetapi tiada jawaban. Mereka kemudian memberanikan diri
untuk masuk ke dalam rumah dan alangkah terperanjat para jiran itu mendapati
ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa dalam solat Asar. Mereka terus
menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada kebiasaannya, apabila di suatu
kematian, di mana-mana pun akan kita dapati jenazah itu diuruskan oleh
orang-orang kampung atau jamaah masjid,jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki,
manakala jenazah perempuan oleh jamaah perempuan. Tetapi berlainan pula dengan
jenazah ibu Ustaz Harun Din ini. Beliau sendiri beserta dengan adik beradik
beliau (Ustaz Abu Hassan Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazah ibu
mereka. Dengan penuh belaian kasih sayang dan penuh hormat mereka memandikan
ibu mereka, mengkafankan, serta menunaikan solat jenazah yang diimamkan sendiri
oleh Ustaz Harun Din. Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk
melaksanakan urusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik beradik mereka
dengan penuh sopan mengatakan kepada orang-orang kampung bahwa ini adalah ibu
mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi makan minum serta mendidik mereka
sehingga menjadi anak-anak yang berguna. Oleh itu,sebagai penghormatan yang
terakhir dan tanda kasih sayang anak-anak terhadap ibu mereka, biarlah mereka
sendiri yang menguruskan jenazah ibu mereka itu. Maka ramailah orang-orang
kampung yang mengalirkan airmata mereka, mengenangkan tentang kebaikan dan
kesolehan anak-anak hasil didikan tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anak
dengan cahaya iman. Sehinggalah saat pengkebumian jenazah, urusan ini ditangani
sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik. Sungguh menarik dan mengharukan kisah
ini.
Tanyalah diri kita sendiri. Bagi yang
masih mempunyai ibu dan bapa, bagaimana nanti peranan kita semasa jasad ibu bapa
kita terbujur kaku. Adakah kita juga ingin menghulurkan bakti zahir yang
terakhir sebagai tanda hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita? Ataukah kita
hanya menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepada orang-orang kampung atau jamaah
masjid untuk menguruskan jenazah mereka, tanpa ingin mengambil peluang terakhir
untuk berbakti. Inilah bakti zahir yang terakhir yang dapat kita lakukan,di
samping doa dan amalan-amalan baik kita yang kita hadiahkan kepada ibu bapa
kita. Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kita
yang sedang membesar? Bagi yang telah bergelar ayah/papa/bapa dan ibu/mama/emak
dan sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlakuan anak-anak kita setelah jasad
kita pula terbujur kaku, menanti waktu untuk diuruskan pengkebumian? Adakah
anak-anak kita akan berebut-rebut untuk menguruskan, atau bertempiaran lari
kerana takut atau hina memandang jenazah kita yang telah kaku?
Sama-samalah kita renungkan ke arah mana
diri kita sebagai anak dan juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang
sedang memerlukan didikan agama dari kita. Kita berilah didikan agama yang
sebaiknya kepada anak-anak kita agar menjadi orang-orang yang beriman dan
berguna kepada agama, bangsa dan negara, seperti contoh yang telah
dipertuturkan diatas tadi.
Sebenarnya ada seperkara lagi, Apabila
manusia meninggal dunia, ada empat perkara yg masih ada hubungan dengannya dan
salah satunya ialah anak-anaknya. Tanggungjawab anak masih belum habis terhadap
kedua-dua ibu bapanya walaupun ibu bapa mereka meninggal dunia, Selepas
meninggal dunia,hendaklah anak-anaknya yang memandikan dan menyembahyangkannya.
Dan selepas itu pula hendaklah selalu ia beramal dengan menyedekahkan pahalanya
dan berdoa untuk mereka.
Disamping memelihara hubungan baik dengan
saudara-saudara dan sahabat-sahabatnya. Kalau kita buat perkara-perkara yang
melanggar syarak pun ibu bapa kita juga mendapat himbauan juga karena dia yang
mendidik kita. Jadi siapa yang ibu bapa yang sudah tak ada, ingatlah mereka
selalu dalam doa selepas sembahyang dan selalulah berzikir untuk mereka.
Petikan ini saya terima dari seorang
sahabat. . . renungkanlah agar kita mengambil iktibar dari apa yang
ceritakannya. Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh
hatinya. Beliau berkorban dan membantuku dalam segala hal. Ibuku membesarkan
aku seperti menatang minyak yang penuh. Ibu menguruskan pengajianku dan
berkorban apa saja demi memenuhi keperluaanku dan permintaanku.
Renungkan sajak di bawah di bawah ini :
INILAH MASANYA JIKA KAU INGIN MENYINTAI
IBU
CINTAILAH IBU SEKARANG
SUPAYA IBU TAHU KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN
KASIH YANG MENGUKIR DARI ALLAH
DARIPADA SANUBARIMU
CINTAILAH IBU SEKARANG
SEMASA IBU MASIH HIDUP
USAH TUNGGU SEBELUM IBU TELAH PERGI
KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU
YANG SEPI
JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT
DIRI IBU TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG
JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI SUDAH
PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR KARENA
KITA DIBATASI KELEMAHAN
OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU
WALAUPUN HANYA SECEBIS DARIPADA LAUTAN HIDUPMU
LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG SEMENTARA
IBU MASIH HIDUP
AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN
MENYANJUNGINYA
Sekarang aku sudah pergi meninggalkan
ibu di negeri orang dan aku menderita dengan rasa bersalah sebab aku belom
pernah menyatakan betapa besar nilai ibuku selama ini. Malah aku tak pernah
melayani ibuku dengan wajarnya. Perasaan bersalah sering menghantui hidupku.
Aku layani semua orang untuk semua urusan, tetapi aku tak pernah meluangkan
masa yang cukup untuk ibuku sendiri, “maafkan ibu …. Maafkan anakmu jangan
pernah engkau murka kepadaku betapa sedihnya hatiku bila engkau sampai murka
kepadaku, ibu semoga allah memberikan umur yang panjang kepadamu dan masih bisa
mempertemukan aku denganmu …. Sekali lagi maafkan aku ibu….. doakan anakmu
semoga bisa mengejar semua cita-cita dan harapanmu….. “ Sebenarnya aku
mampu menuangkan air ke dalam cawannya, kemudian memeluknya ketika bersarapan,
tetapi aku lebih mengutamakan urusanku,rakan-rakanku dan pekerjaanku. Sekarang
baru aku terpikir... pernahkan rakan-rakanku melayaniku seperti ibuku ? Aku
tahu jawapanya. Apabila aku menelefon ibu, aku sentiasa lakukan tergesa-gesa,
cepat dan ringkas. Aku benar-benar berasa kesal dan malu apabila mengingati
tindakan masa lampauku terhadap ibu. Aku masih ingat berapa banyak masa dan
pengorbanan ibu yang diberikan untuk aku dan masa yang aku berikan padanya
serta banyak manakah masa aku biarkan ibu kesepian dan hari tuanya berlalu
begitu sahaja. Aku sedar dan mengerti. Sekarang bahawa aku terlalu kritikal,
aku diburu rasa kesal dan bersalah. Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak seperti
ku. Aku berharap kepada rakan-rakanku.... insaflah dan mengambil iktibar dan
manfaat daripada surat ini. Aku sudah terlambat dan kini sedang dilanda derita
dan penyesalan.
Renungkanlah dan fikir-fikirkanlah!!!!!.
. . . . pernah kita bertindak sedemikian?????
Pernah kita merasa kesal dengan tindakan
kita itu????????
Andainya kita pernah melayan sedemikian
rupa terhadap ibu kita, ubahlah sebelum terlambat....
Bukankah pepatah mengatakan "syurga
itu dibawah telapak kak i ibu" ...
Mulia sungguh Islam meletakkan wanita
yang bergelar ibu. . . . .
Oh Ibu, maafkan anakmu yang belom bisa
membalas budimu walaupun cuman setes air mata ini….
Ibu sungguh aku rindu padamu…..
Tolong berkati anakmu….
Kewajiban Anak Terhadap Orang Tua
Islam menempatkan kedua orang tua pada posisi yang sangat mulia. Begitu mulia dan pentingnya, sehingga banyak ayat al-Quran dan hadis yang mengingatkan hak dan kedudukan mereka. Bahkan, sampai Allah SWT. menyandingkan perintah berbakti kepada mereka dengan perintah beribadah kepadaNYa. Allah SWT berfirman:
وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
Artinya :
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa" (al-Nisa': 36)
Tidak
hanya itu, Allah juga menyandingkan perintah bersyukur (terimakasih)
kepada Allah SWT. dengan perintah bersyukur kepada kedua orang tua.
Allah berfirman:
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
Artinya:
Dan
Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang
ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang
bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah
kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.
Disebutkannya
perintah berbakti dan mensyukuri kedua orang tua seteleh perintah
beribadah dan bersyukur kepada Allah SWT.setidaknya menunjukkan dua hal.
Pertama : betapa mulianya kedua orang tua, sehingga Allah SWT.
Menyandingkan perintah untuk berbuat baik kepada mereka dengan perintah
beribdah kepada-Nya, bahkan Nabi saw. Menuturkan bahwa menyakiti kedua
orang tua adalah termasuk dosa besar
أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الكَبَائِرِ ؟ قُلْنَا : بَلَى يَا رَسُوْلَ الله. قَالَ ثَلاَثًا الإِشْرَاكُ بِاللهِ وَعُقُوْقُ الوَالِدَيْنِ وَكَانَ
مُتَّكِئًا فَجَلَسَ فَقَالَ (( أَلاَ وَقَوْلُ الزُّوْرِ وَشَهَادَةُ
الزُّوْرِ. أَلاَ وَقَوْلُ الزُّوْرِ وَشَهَادَةُ الزُّوْرِ
Artinya
Tidakkah kalian ingin aku kabarkan tentang dosa besar yang paling besar?” Kami menjawab, “Tentu, wahai Rasulullah.” Beliau pun berkata tiga kali, “Menyekutukan Allah dan durhaka terhadap kedua orang tua.” Semula beliau dalam keadaan bersandar, lalu beliau pun bangkit duduk dan mengatakan, “Ketahuilah, ucapan dusta dan saksi palsu! Ketahuilah, ucapan dusta dan saksi palsu!” (HR. Bukhari Muslim)
Kedua:
mengingatkan kepada kita bahwa amal bakti dan terimakasih kepada orang
tua harus didasari dengan ibadah dan syukur kepada Allah. Jadi, bakti
kepada kedua orang tua yang tidak didasari dengan ibadah dan syukur
kepada Allah adalah kebaktian yang tidak benar. Oleh karena itu, suatu
hari ada seorang laki-laki bertanya kepada Umar al-Khattab :" saya
mempunyai ibu yang usia lanjut, selama ini dia tidak bisa memenuhi
hajatnya kecuali dengan aku gendong, apakah dengan demikian saya telah
memenuhi hak dan kewajiban saya kepadanya?" lalu Umar menjawab " belum, kerena
dulu dia melakukan seperti yang kamu lakukan kepada kamu, dengan penuh
harapan agar kamu bisa tetap hidup dengan sehat, sementara kamu
melakukan itu kepada dia, dalam hati kamu ada harapan supaya ibu kamu
cepet meninggal". Demikianlah, betapa pentingnya landasan tersebut,
sehingga menentukan sah dan tidaknya bakti kita kepada kedua orang tua.
Adapun cara dan bentuk amal-bakti tersebut, bisa bermacam-macam sesuai
dengan kodisi dan waktu. Allah SWT. Mentuturkan batasan dan kaidahnya dengan sangat indah dalam firmannya yang berbunyi:
فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلاً كَرِيماً وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيراً
Artinya
Jika
salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur
lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan
kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan
ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu
terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai
Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah
mendidik aku waktu kecil".(al-Isra':23-24)
Diriwayatkan dari Imam Ali r a. beliau berkata: "jika ada sesuat yang lebih rendah dan lebih ringan dari perkataan " ah " atau " hus " yang bisa menyakitkan kedua orang tua, niscaya sesuatu itu akan dilarang"
Kalau
kita tahu bahwa berkata " hus " atau " ah " saja tidak boleh, kerena
bisa menyakitkan hati kedua orang tua, bahkan seandainya ada ungkapan
yang lebih ringan dari darinya pasti akan dilarang, maka tergambarlah
dalam benak kita apa dan bagaimana bentuk bakti kepada kedua orang tua.
Keutamaan Berbakti Kepada Kedua Orang Tua
Berikut ini beberapa hadis yang menunjukkan keutamaan berbakti kepada kedua orang tua.
A. Amal yang paling mulia
Dari Ibnu Mas’ud r.a. beliau berkata : " Aku bertanya kepada Rasulullah Saw." amal apakah yang paling dicintai Allah. Beliau menjawab : Sholat tepat pada waktunya kemudian aku bertanya lag. Kemudian apalagi? beliau menjawab : Berbakti kepada kedua orang tua. Kemudian aku bertanya lagi?. Kemudian apalagi ? Beliau menjawab :” Berjihad di jalan Allah " HR. Bukhori dan Muslim)
B. Disingkirkannya kesulitan dan bala bencana .
Sepeti kisah yang dituturkan bahwa suatu ketika Ada tiga orang yang sedang dalam perjalanan. Tiba-tiba turun hujan menimpa mereka hingga mereka berteduh di dalam gua di sebuah gunung. Tatkala mereka berada di dalam gua, runtuhlah sebuah batu besar dari gunung di mulut gua hingga menutupi mereka. Maka ada di antara mereka yang berkata kepada temannya, “Lihatlah amal shalih yang pernah kalian kerjakan karena Allah, lalu mohonlah kepada Allah dengan amalan tersebut. Semoga dengan itu Allah akan memberikan jalan keluar kepada kalian.” Maka salah seorang di antara mereka berdoa, “ Ya Allah, sesungguhnya aku memiliki dua orang tua yang telah renta, dan aku juga memiliki istri dan anak-anak yang masih kecil. Aku biasa menggembala kambing-kambing untuk mereka. Apabila aku telah membawa pulang kambing-kambingku, aku biasa memerah susu dan aku awali dengan memberikan minum kepada kedua orang tuaku sebelum memberikannya kepada anak-anakku.
Suatu ketika aku terlalu jauh menggembala sehingga sampai sore hari aku
belum pulang, hingga kudapati mereka berdua telah tidur. Maka aku pun memerah susu sebagaimana biasa. Kemudian aku datang membawa susu perahan itu dan berdiri di sisi kepala ayah ibuku. Aku tak ingin membangunkan mereka berdua dari tidurnya dan aku pun tak ingin memberi minum anak-anakku sebelum mereka berdua, sementara anak-anakku menangis kelaparan di sisi kedua kakiku. Terus menerus demikian keadaanku dengan mereka hingga terbit fajar. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahwa aku lakukan semua itu untuk mengharap ridho-Mu, berikanlah jalan keluar dari batu itu hingga kami dapat melihat langit.” Maka Allah pun memberikan kepada mereka kelapangan hingga mereka dapat melihat langit kembali (HR.Bukhari Muslim)
C. Masuk ke dalam surga
Dari Aisyah r.a, beliau berkata Rasulullah Saw. :Ketika aku sedang tertidur, maka aku melihat diriku berada di dalam surga kemudian aku mendengar seseorang membaca Al-Qur’an. Maka aku bertanya : " Siapa ini ?" Mereka menjawab : " ini adalah Haritsah bin Nu’man" Maka Rasulullah Saw. berkata kepada Aisyah r.a : ” Begitulah balasan bagi orang yang berbakti kepada kedua orang tua , Begitulah balasan bagi orang yang berbakti kepada kedua orang tua (beliau mengulanginya dua kali.) dan dialah manusia yang paling berbakti kepada ibunya" ( HR. Ahmad dan Hakim)
D. keridhoan Allah
Dari Abdullah bin Amr r.a, Nabi Saw. Bersabda: " Keridhoan Allah bersama Ridho orang tua dan kemurkaan Allah bersama murka orang tua" ( HR. Tirmidzi )
E. amal Jihad
Dari Abdullah bin Amr’ r.a Beliau berkata : Seorang lak-laki bertanya kepada Rasulullah Saw.Bolehkah aku turut berjihad? maka Rasulullah Saw. Bertanya: " Apakah engkau masih memilliki kedua orang tua" Maka dia menjawab: "iya "lalu Rasulullah mengatakan : "maka kepada keduanyalah engkau berjihad". (HR. Bukhori-Muslim)
Bakti Kepada Orang Tua yang Sudah Meninggal
Sedemikian
penting dan mulianya kedua orang tua, sehingga bakti anak kepada orang
kedua orang tua tidak selesai setelah kedua orang tua meninggal dunia,
tapi masih berlanjut walaupun sudah meninggal. Diriwayatkan bahwa ada
seorang laki-laki-laki mendatangi Rasullah saw. lalu bertanya :" walau Rasulullah, apakah saya masih bisa berbakti kepada kedua orang tua saya setelah kedua orang tua saya meningal dunia?" Rasulullah saw. menjawab:
نَعَمْ
، الصَّلأةُ عَلَيْهِمَا وَالاسْتِغْفاَرُ لَهُمَا ، وإنْفاَذُ
عَهْدِهِماَ مِنْ بَعْدِهِماَ ، وَصِلَةُ الرَّحِمِ الَّتِى لاَتُوْصَلُ
إلاَ بِهِماَ ، وَ اِكْرَِامُ صَدِيْقِهِماَ
"
iya masih bisa, yaitu dengan mensahalatkan jenazah mereka, memohon
ampunan untuk mereka, memenuhi janji mereka setelah mereka tiada,
menyambung tali silaturrahmi yang tidak tersambung kecuali dengan mereka
dan memluliakan teman mereka"(HR. Abu Dawud, Ibnu Majah dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban)
hadis
tersebut disamping menujukkan cara berbakti kepada kedua orang tua yang
sudah meninggal, juga menunjukkan bahwa kebaikan yang dilakukan oleh
orang yang masih hidup untuk orang yang sudah meninggal itu bermanfaat dan pahalanya akan sampai kepadanya. Hal ini dikuatkan banyak dalil, diataranya adalah:
اِذَامَاتَ
ابْنُ ادَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ
اَوْعِلْمٍ يُنْتَفَ بِهِ اَوْوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ
“Jika
anak Adam meningga, maka putuslah segala amal perbuatannya kecuali tiga
perkara; shadaqah jariyah, ilmu yang dimanfa’atkan, dan anak shaleh
yang mendo’akannya.”
اقرءوا سورة يس على موتاكم
Artinya
. Dan bacalah (surah) yasin tersebut atas orang-orang mati kamu ( HR Abu dawud, Nasai ibn majjah ibn Hibban dan Ahmad)
عن
ابن عباس : أن امرأة من جهينة جاءت إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقالت :
إن أمي نذرت أن تحج فلم تحج حتى ماتت أفأحج عنها ؟ قال : حجي عنها أ
Artinya
Dari
ibnu abbas, sesungguhnya seorang wanita dari Juhainah, datang kepada
Nabi saw. lalu dia bertakata:"sesungguhnya ibu saya teleh bernazar
melakukan haji, dia meninggal sebelum melaksanakan nazar hajinya. Apakah
boleh melukan haji menggantikannya? Nabi menjawab:" lalukan haji
untuknya" (HR.Bukhori)
عن
ابن عباس قال : جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله
إن أمي ماتت وعليها صوم شهر أفأقضيه عنها؟ قال : [ لو كان على أمك دين
أكنت قاضيه عنها ] ؟ قال : نعم. قال : فدين الله أحق أن يُقضى
Artinya
Dari
Ibn Abbas, dia berkata: ada seorang laki-laki datang kepada Nabi
saw.lalu dia bertanya :" wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu saya teleh
meninggal dunia, dan dia mempunyai hutang puasa satu bulan, apakah saya
boleh melakukan pusa qodho` atas ibu saya?lalu Nabi menjawab:" jika ibu
kamu mempunyai tanggungan hutang apakah kamu membayarnya ?orang itu
menjawab: iya, Nabi saw. berkata: Hutang kepada Allah lebh berhak untuk di bayar." (HR. Bukhari Muslim )
عنَّ
سَعْدَ بْنَ عُبَادَةَ - رضى الله عنه - تُوُفِّيَتْ أُمُّهُ وَهْوَ
غَائِبٌ عَنْهَا ، فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّى تُوُفِّيَتْ
وَأَنَا غَائِبٌ عَنْهَا ، أَيَنْفَعُهَا شَىْءٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ بِهِ
عَنْهَا قَالَ « نَعَمْ » . قَالَ فَإِنِّى أُشْهِدُكَ أَنَّ حَائِطِى
الْمِخْرَافَ صَدَقَةٌ عَلَيْهَا
Artinya
" Sesungguhnya Ibu dari Sa’ad bin Ubadah radhiyallahu ‘anhu meninggal dunia, sedangkan Sa’ad pada saat itu tidak berada di sampingnya. Kemudian Sa’ad mengatakan, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal, sedangkan aku pada saat itu tidak berada di sampingnya. Apakah bermanfaat jika aku menyedekahkan sesuatu untuknya?’ Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, ‘Iya, bermanfaat.’ Kemudian Sa’ad mengatakan pada beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Kalau begitu aku bersaksi padamu bahwa kebun yang siap berbuah ini aku sedekahkan untuknya’" (HR.Bukhari)
dan
dalil-dalil lain yanga masih banyak yang samuanya menunjukkan bahwa
kebaikan atau amal shalih yang dilakukan oleh orang yang masih hidup
untuk orang yang sudah meniggal dunia itu bermanfaat dan
pahalanya sampai kepada orang yang sudah meninggal tersebut. kerena
redaksi dalil tersebut berbentuk mutlak, maka, kebaikan dan amal shalih
yang ditujukan untuk orang yang sudah meninggal tersebut boleh dikukan
kapan saja, dimana saja dan dengan cara apa saja yang sesuai dengan
kondisi dan kemampuan orang yang melakukannya selama dilakukan dengan
niat yang benar dan tidak mengandung hal-hal yang dilarang oleh agama
thanks
BalasPadamMudah-mudahan kita bisa menggambil hikmah, trims
BalasPadam